Wednesday, December 7, 2011

Muslimah yang cantik itu...


Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,
Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya, 
Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,
Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,
Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,
Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi ‘kumbang’,



Subhanallah :'(

Untuk Yang Bergelar Muslimah


Semoga hijab menjadi pakaianmu,
Semoga kesucian menjadi amalanmu, 
Semoga kesopanan menjadi perhiasanmu,
Semoga surga menjadi tempatmu.
Amiin ya Robbal alamiin…


Jadilah Seperti Pohon Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang Pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon
semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa
wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.
Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat
dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.
Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.





















Final destination 

Do whatever you like, but here is the final destination of our physical bodies. So, think again. Focus on what really matters.
I put my heart in the hands of Allah, so He will put it in the hands of a man who He believes deserves it ♥
Ambillah kebaikan dari orang yang mempunyai kebaikan dan tinggalkanlah keburukan yang ada pada orang yang mempunyai keburukan.

Latihlah diri kita untuk membalas dengan kebaikan kepada orang-orang yang telah berbuat keburukan kepada kita.

Belajarlah menahan diri dari selalu ingin melihat jasa dan kebaikan sendiri. Orang yang ikhlas itu bijak menyembunyikan kebaikannya sebagaimana dia menyembunyikan keburukannya.

Tidak ada sesuatu yang lebih baik daripada akal yang diperindah dengan ilmu, ilmu dengan kebenaran, kebenaran dengan kebaikan, dan kebaikan dengan taqwa.

Orang yang beriman itu mempunyai upaya untuk mengajak kepada kebaikan, mengajak kepada perkara-perkara yang akan mendekatkan kepada Allah dan melarang dari perbuatan yang tidak disukai Allah.

Sunday, December 4, 2011

Jadilah seorang muslim yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang senantiasa haus dengan ilmu,
Yang senantiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang senaantiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang muslim,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai kawan dan tidak mempunyai musuh.

Jadilah seorang muslim,
Yang menghormati ibu bapaknya,
Yang senantiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang akan menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Karena dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang muslim,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah sallAllaahu 'alaihi wa salam,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah atasnya.

Jadilah seorang muslim,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan karena membaca al-Quran,
Suaranya lesu karena penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecerdasan,
Karena sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang muslim,
Yang senantiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang muslim,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Karena dia mengimpikan syurga Allah.

Mencium Al-Quran

Ramai orang yang mencium al-Quran beberapa kali selepas membacanya termasuklah ana..=.=', atau lebih tepat mereka sebenarnya meletakkan di dahi mereka, kemudian menciumnya dan akhirnya meletakkan di dada mereka. Perbuatan ini diulang-ulang beberapa kali. Mungkin kerana mereka terlalu sayangkan quran.apakah hukum melalukan yang sedemikian?

Jawapan :

Tidak ada riwayat dari Nabi saw dan para sahabat, mereka mencium al-Quran sebagai memuliakanya. al-Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz ketika ditanya tentang hukum mencium al-Quran, beliau menjawab :

"TIDAK mengapa perbuatan tersebut, akan tetapi MENINGGALKANNYA (dari mencium al-Quran) adalah LEBIH utama (afdhol) kerana ketiadaan DALIL dalam perbuatan tersebut. Namun jika menciumnya juga, tidak mengapa. Ada diriwayatkan dari 'Ikrimah bin Abi Jahal bahawasanya dia mencium al-Quran kemudian berkata : "Ini adalah kalam tuhanku ." Akan tetapi perbuatan ini tidak diriwayatkan dari sahabat yang lain, tidak juga dari Nabi saw. Tambahan pula riwayat tersebut ada pertikaian. Oleh itu kalau menciumnya disebabkan memuliakanya atau sayang kepadanya tidak mengapa. Jika ditinggalkan adalah lebih baik."

Lajnah Da-imah lil Ifta pula berkata :

"Tidak kami ketahui untuk seseorang mencium al-Quran itu asalnya." Dalam jawapan yang lain : "Tidak kami ketahui adanya dalil dalam pensyariatan mencium al-Quran al-Karim, sedang ia diturunkan untuk dibaca dan dihayati dan dimuliakan dan diamalkan." (Bil. Fatwa : 4172)

Al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula di dalam fatwanya seolah-olah MEMBANTAH perbuatan mencium al-Quran kerana Nabi saw TIDAK pernah melakukannya. Demikian juga para SAHABAT tidak pernah melakukanya. Beliau berkata : Jika perkara itu BAIK, sudah tentu mereka MENDAHULUI kita dalam melakukannya."

Wallahu a'lam.

Friday, December 2, 2011

Beauty tips for a women :)

To beautify your eyes, lower your gaze towards strange men, this will make your eyes pure and shiny.

To beautify your face and make it shiny, keep doing wudhu’ minimum five times a day.

To have good lips, always mention Allah and remember to speak the truth.

As for blush and rouge, “Modesty” is one of the best brands.

As for jewelry, beautify your hands with humbleness and let your hands be generous and give charity to the poor.

To avoid heart disease, forgive people who hurt your feelings

Thursday, December 1, 2011

"Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka."

Monday, November 14, 2011

10 AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi... kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

8 Sebab Kenapa Wanita Bertudung Lebih Baik

1) Tuntutan agama

Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.

2) Mengurangkan dosa

Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?

3) Lebih pintar dan tenang

Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

4) Tidak membazir

Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal atau pergi ke salun.

5) Lebih sopan dan manis

Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang ada value added sebenarnya)

6) Rambut lebih tahan lama dan sihat

Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.

7) Menjadikan diri anda “Mahal”

Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8 ) Lebih dihormati

Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi 



#Semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada kita semua&semoga Islam terus cemerlang.TAKBIR!

Friday, November 11, 2011

" SEBAIK-BAIK LELAKI IALAH YANG PALING BAIK DAN BERLEMAH LEMBUT TERHADAP ISTERINYA"
" ADAPUN WANITA-WANITA SOLEHAH ITU IALAH WANITA-WANITA YANG PATUH (TAAT) DAN MEMELIHARA KEHORMATAN DIRINYA SEMASA KETIADAAN SUAMINYA SEBAGAIMANA ALLAH MEMELIHARA MEREKA" (AN-NISA: 34)

Lelaki Idaman

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan ALLAH


Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang


Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat


Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya


Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan




Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang man buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian



Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga 
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah Lelaki Idaman saya

Saturday, June 25, 2011

'TIADA KENIKMATAN SEORANG HAMBA YANG LEBIH BAIK SETELAH NIKMAT ISLAM

SELAIN DARIPADA KENIKMATAN MEMPEROLEHI SAHABAT YANG SOLEH.

APABILA LUPA, DIA AKAN MENGINGATKAN&APABILA INGAT, DIA AKAN

MEMBANTUNYA.....'

Sejauh mana CINTA kita kepada ALLAH?

IMAN yang membebaskan manusia daripada segala kuasa kecuali kuasa Tuhan.
                      yang membunuh segala takutbimbang kecuali kepada Allah.
                      yang membentangkan jalan lurus yang membina benteng sabar&reda.

IMAN percaya sungguh-sungguh
                       percaya sahaja tidak diwarisi
                       tidak dikira selagi tidak diuji.



                   'PELIHARALAH IMAN MU' :)

KekasihNYA



CINTAI RASULULLAH DENGAN BERSELAWAT KEATAS NYA.
'MELALAIKAN BERZIKIR LEBIH BURUK DARIPADA BERZIKIR DALAM  KELALAIAN' :)

Hamba-Hamba ALLAH :)

WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN!



MOHONLAH PERTOLONGAN KEPADA ALLAH DENGAN SABAR DAN SOLAT.

SUNGGUH, ALLAH BERSERTA ORANG-ORANG YANG SABAR.

                                                                                          
                                                                                                     surah Al-Baqarah 2:153

Thursday, January 6, 2011

Science Pure ?

HAHAHA *saya hanya mampu gelak

 
Arghhhhhhhh!

Seakan-2 tidak percaya.Weeeee! Aku masuk Science One dok.Mimpi apa aku ni.Ya Allah! Macam mana aku nak menghadap Physics? Chemistry? Biology? &Add Math? Ergh! Science biasa pun mengeluh panjang sepanjang panjangnyaaaaaaaa.HAHA

First Class Chemistry.Cikgu memang best.Lucklyyy = =' Emm.Baru habis Chapter One ni,Baru Introduction kabut aku dibuatnyaaaaaa.HAHA Macam orang taktentu hala.Pen jatuh sana.Jatuh sini.Haiyaaa kau ni Sabbb -,-

Pegi sek beg dah macam guni.Berat dah macam bawa pasir.Add math takada class pun buku aku bawa.HAHA Kan? Betul kan aku cakap.Gila terus jadinya masuk class Science ni.HAHA

Emm.Miss nyaaaaa aku dekat Babyy aku.Awak take a good care tau dekat sanaa.Saya sayangg Awak BABYYYY AMANINA  :'(

Lucky Ass ;)